Tuesday, 13 May 2014

Medical Check-up Poliklinik Sri Permai

Hai, 

This is specially posted for those yang baru dapat tawaran to further your studies but then kena buat Medical check up. So I have this one place that I would like to share.

Most of you fikir Hosp. Putrajaya ada buat Med. check up, tapi dah tak buat dah. Kalau u guys tanya pun they will ask you to go to Klinik Kesihatan at Presint 9. Tapi bukan pasal klinik ni yang I nak share, itu just nak inform la dekat u guys yang dekat situ ada buat Medical check up. hehe

Pengalaman yang I nak story is, I buat Medical Check up dkt Poliklinik Sri Permai, Putrajaya. Kenapa I nak buat dekat klinik swasta yang berbayar? sedangkan I boleh je pergi Klinik Kesihatan Presint 9 tu, so my answer is.. Klinik kesihatan P9 tu u guys kena buat appointment dulu. Kalau ramai sgt dah buat appointment boleh jadi lagi 3 minggu baru sampai turn u. So kes I, I nak cepat. Masa suntuk. So I survey la klinik-klinik swasta area putrajaya ni and I dapati Poliklinik Sri Permai (dekat Flat Hijau Presint 9) ada buat Xray. I perlukan Xray result maka I pun pilih la klinik ni. 

Sebelum I pergi I ada lah google pasal klinik ni, they said klinik ni selalu ramai orang sbb 24hours kan. Jadi haritu I pergi awal pagi nak dkt pkl 8. Masuk je ada sorang je patient. I pun pergi lah daftar. Tunjuk borang laporan kesihatan yang I kena buat tu. Staff kat kaunter tu go through la the borang, then she told me yang harga med checkup I RM80 (Ujian air kencing, xray & jumpa doctor) kira I takde kena ambil darah. So okay I setuju je sbb I nak cepat. But then dia kata ujian air kencing dalam 3-4 hari baru boleh siap sbb kena hantar pergi lab. Okay I setuju juga. 

Kaunter Pendaftaran (I tgh duduk time ni, snap dlm diam hee)

Lepas dah settle daftar, bagi borang kesihatan semua, I pun tunggu lah dkt ruangan menunggu. 5 minit lepastu I dipanggil then disuruh buat urine test dkt toilet belakang. Lepas dah settle, I kena masukkan botol berisi urine tu dalam kotak yang disediakan luar toilet. After that, I continue lah menunggu dkt ruangan menunggu. 

Ruangan menunggu. Ha nampak tak tu bilik doctor? 
Tak lama lepastu, nama I kena panggil untuk buat pemeriksaan dlm bilik doctor. That time, I met female indian doctor. I selalu takut tau doctor india sbb dulu dkt Klinik Kesihatan doctor india dia garang hehe but for that time I am such u lucky person sbb doctor tu baik. Time nak check menstruation, dia siap boleh bergurau lg "Awak dah kahwin?" hoho habis check segala yang perlu di check. I pun keluar tunggu lg. Sekejap je tunggu lepastu I dah kena panggil naik atas utk Xray pula. (Bilik Xray dia dkt tingkat atas. well ada tangga dlm klinik tu nanti dun worry)

Nampak bilik xray nya? Time ni I tgh tunggu dipanggil sebelum masuk bilik xray tu.
Yang in charge time I, seorang staff perempuan berbangsa Melayu. Sangat polite berbanding staff dkt kaunter. Mereka okay tak rude just kurang senyuman tp yang staff dkt xray session ni manis dgn senyuman. Haha. Bila I masuk, dia pun brief dkt I yang I tak boleh pakai apa dkt kepala and badan lepastu I kena sarungkan baju khas. Lepas tu I pun di Xray oleh dia dibantu mesin yang bertugas hehe. Dah settle semua I pun turun bawah. Nama I kena panggil dkt Bahagian ubat. I kena jelaskan pembayaran, tapi laporan kesihatan tu I akan dpt dlm masa 3 atau 4 hari lah sekali dgn Xray sbb nak kena tunggu urine test. 

I dtg nak dkt pkl 8, and I siap nak dkt pkl 9. One hour is worth! sbb semua I dapat settlekan tanpa tunggu lama. I just kena tunggu urine test je la baru boleh ambil laporan medical check up and laporan xray. Thats All from me, hope can help u guys! 

P/s; siapa yang nak cepat/perlu rushing nak dpt result tak lebih seminggu dan tidak suka menunggu terlalu lama serta can afford the price, u guys patut dptkan service di sini. 


No comments:

Post a Comment